Xiamen Melangkah Maju dalam 40 Tahun

2021-12-21 16:46:40  CRI
Share with:

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 penubuhan zon ekonomi khas (SEZ) Xiamen.

Xiamen yang dahulunya sebuah pulau kecil, kini muncul sebagai bandar raya inovasi berprestij dengan keluasan 1,700 kilometer persegi.

Daripada sudut pelaburan, 40 projek utama bernilai RMB68.7 bilion (RM45.5 bilion) sedang dilaksanakan di Xiamen ketika ini, manakala 40 lagi projek pelaburan mega berjumlah RMB130 bilion (RM86.1 bilion) telah dimeterai. 

Dalam tempoh 40 tahun lalu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Xiamen serta nilai tambah perindustriannya masing-masing meningkat sebanyak 862 dan 563 kali ganda, menyaksikan KDNK per kapita melebihi US$20,000 (RM84,000).

Setakat hujung 2020, sejumlah 2,282 perusahaan teknologi tinggi peringkat negara berjaya diwujudkan di Xiamen, melibatkan sembilan rantaian perindustrian bernilai lebih RMB100 bilion (RM66.2 bilion) termasuk paparan panel rata, komputer dan peralatan komunikasi.

Sementara itu, kesejahteraan rakyat juga sentiasa diutamakan kerajaan tempatan. Difahamkan, lebih 70 peratus daripada perbelanjaan fiskal Xiamen diperuntukkan kepada projek berkaitan kesejahteraan rakyat merangkumi pendidikan, persaraan, perubatan dan perumahan.

梁靓