China Berusaha Jadikan Vaksin COVID-19 Produk Awam Global

2021-12-21 14:43:36  CRI
Share with:

China Berusaha Jadikan Vaksin COVID-19 Produk Awam Global_fororder_seminar1

China Berusaha Jadikan Vaksin COVID-19 Produk Awam Global_fororder_seminar2

Ketika menghadapi penularan pandemik COVID-19 yang berlarutan di seluruh dunia, China mengamalkan dasar luar dalam usaha membendung wabak secara berkesan, dan berjaya memaparkan sebuah negara besar yang bersedia memikul tanggungjawab.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam majlis perasmian Seminar Situasi Antarabangsa dengan Diplomasi China 2021 yang diadakan di Beijing pada Isnin lalu.

Wang Yi menyatakan, China merupakan negara pertama yang komited untuk menjadikan vaksin COVID-19 sebagai produk awam global, menyokong pengecualian hak harta intelektual bagi vaksin tersebut serta menjalankan kerjasama dengan negara membangun untuk menghasilkan vaksin.

"Setakat ini, China telah menyediakan sebanyak hampir 2 bilion dos vaksin kepada lebih 120 negara dan pertubuhan antarabangsa, sekali gus menjadi negara yang menyumbang vaksin terbanyak kepada negara lain di dunia.

"Berbanding dengan sesetengah negara yang menyorok bekalan vaksin dan mengamalkan “nasionalisme vaksin”, tindakan China yang menjadikan vaksin  hasilan sendiri sebagai “vaksin untuk rakyat” dan “vaksin untuk sejagat” telah membawa harapan kepada seluruh dunia," kata Wang.  

胡星