Ekonomi China Penyumbang kepada Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa

2021-12-22 15:07:56  CRI
Share with:

Pusat China dan Globalisasi (CCG)  mengeluarkan laporan “kerjasama dan prospek ekonomi dan perdagangan antarabangsa China dalam paradigma pembangunan baharu” di Beijing Selasa lalu.

Menurut laporan itu, prospek global amat cerah dalam kerjasama ekonomi digital, ekonomi hijau, pembinaan prasarana dan perdagangan perkhidmatan. Sementara itu, ekonomi China menyediakan ruang yang meluas bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan antarabangsa.

Laporan tersebut memfokuskan kepada kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi dan perdagangan di China, menganalisis secara komprehensif  serta  pelbagai peringkat dan bidang termasuk pembangunan syarikat multinasional di China, perjanjian ekonomi dan perdagangan antarabangsa, dasar buka pintu dan platform kerjasama serta sebagainya.

Laporan tersebut menegaskan, pada zaman pasca pandemik COVID-19, terdapat tiga penggerak penting bagi pertumbuhan ekonomi China iaitu proses integrasi ekonomi, ekonomi digital dan keuntungan modal insan yang berkekalan. Sementara itu, China mempunyai daya tarikan yang tinggi kepada syarikat multinasional dalam aspek kecekapan, pasaran, sumber tenaga dan aset.

徐国玮