Bagaimana Angkasawan Uruskan Kerja Rumah?

2021-12-23 16:20:20  CRI
Share with:

Bagaimana Angkasawan Uruskan Kerja Rumah?_fororder_202112231617t1f

Video yang merakamkan angkawasan China menguruskan kerja rumah seperti memasak dan mengemas di stesen angkasa Tiangong tular dalam kalangan warganet.

Ramai warganet yang tidak menyangka bahawa angkasawan juga perlu melakukan kerja rumah.

Menurut video itu, tiga angkasawan bergilir-gilir membuat kerja rumah. Sebagai contoh, ketika salah seorang daripada mereka memasak, dua yang lain pula akan membersihkan meja makan.

Jom ketahui lebih lanjut cara-cara mereka menguruskan kerja rumah di angkasa lepas!

Guna semula sampah cecair

Bagaimana Angkasawan Uruskan Kerja Rumah?_fororder_202112231617t1f2

Air merupakan sumber yang sangat bernilai di stesen angkasa kerana pengangkutannya bukan mudah dilakukan, malah menelan kos sangat tinggi.

Justeru, Tiangong dilengkapi sistem kitar semula air bagi mengoptimumkan penggunaan semula pelbagai jenis air kumbahan termasuk air mandi, wap pernafasan, malah air kencing. 

Sisa pepejal dibawa balik

Sisa pepejal yang terhasil daripada kehidupan seharian akan dibungkuskan secara berasingan, kemudian dimasukkan ke dalam kapal angkasa kargo Tianzhou.

Sisa tersebut akan dibakar sepenuhnya apabila Tianzhou merentasi atmosfera.

Tianzhou, iaitu kapal angkasa kargo sekali guna akan turut habis dibakar dalam proses tersebut.

Sedut debu dengan pembersih vakum

Bagaimana Angkasawan Uruskan Kerja Rumah?_fororder_202112231617t1f3

Kewujudan debu dan serpihan barang juga tidak dapat dielakkan dalam kehidupan di ruang angkasa lepas.

Sama seperti kaedahnya di Bumi, angkasawan akan menggunakan pembersih vakum untuk menyedut debu.

Namun, tenaga lebih juga diperlukan untuk membersihkan debu dan serpihan yang terapung di serata tempat susulan kenirberatan di angkasa lepas.

张哲