Presiden Xi: China Tumpukan Hubungan dengan Gambia

2021-12-24 17:00:18  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping hari ini membuat panggilan telefon kepada Adama Barrow untuk mengucapkan tahniah kepada beliau yang berjaya memenangi dalam pilihan raya dan mengekalkan jawatan presiden Gambia.

Menurut Xi, sejak pemulihan hubungan diplomatik antara China dengan Gambia, kepercayaan politik antara kedua-dua negara kian meningkat dan kerjasama dalam pelbagai bidang pula amat berhasil.

"Kedua-dua pihak saling memahami dan sokong-menyokong dalam isu yang menjadi kepentingan bersama.  Saya bersedia berusaha bersama-sama dengan Adama Barrow untuk memperkasa  kerjasama bilateral dalam kerangka Forum Kerjasama China-Afrika agar membawa kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara," kata Xi.

徐国玮