China Sumbangkan Bahan Perubatan kepada Zambia

2021-12-24 15:15:46  CRI
Share with:

China Sumbangkan Bahan Perubatan kepada Zambia_fororder_zambia1

China Sumbangkan Bahan Perubatan kepada Zambia_fororder_zambia2

Pasukan Perubatan ke-22 China ke Zambia menyumbang bahan perubatan kepada Hospital yang dimiliki Universiti Perubatan Levy Mwanawasa di Zambia pada Rabu lalu.

Ketua Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Zambia, Mangwendi mewakili Menteri Kesihatan, Sylvia Masebo berkata bahawa pasukan perubatan China telah memainkan peranan penting dalam usaha membendung pandemik COVID-19 di Zambia.

"China telah menyumbang pelbagai bahan perubatan kepada institusi di Zambia. Kemudahan tersebut amat berharga bagi meningkatkan keupayaan rawatan hospital tempatan.

“ Pasukan perubatan China menumpukan kepada latihan terhadap pengamal perubatan Zambia. Bahan-bahan perubatan kali ini akan membantu hospital tempatan membendung wabak dengan lebih berkesan, sekali gus meningkatkan tahap perlindungan terhadap pengamal perubatan, ”katanya.

胡星