AIIB Sumbang Besar dalam Kerjasama Multilateral

2021-12-27 12:52:22  CRI
Share with:

Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang secara aktif mengamalkan multilateralisme sejak ditubuhkan pada enam tahun lalu, kini turut dilihat sebagai teladan baharu dalam mempromosi kerjasama antarabangsa.

Dengan keanggotaan Nigeria pada Oktober lalu, keseluruhan jumlah negara yang menjadi anggota AIIB adalah 104 buah negara dan 11 daripadanya merupakan dari benua Afrika.

AIIB juga sentiasa komited dalam mendorong pembinaan dan pembangunan infrastruktur negara serta kawasan membangun.

Untuk rekod, sebanyak 147 projek dengan modal melebihi USD28.97 bilion (RM121 bilion) yang merangkumi 31 anggota dan bukan anggota telah diluluskan AIIB setakat Oktober tahun ini.

Pada masa sama, AIIB turut menghulurkan dana untuk menghadapi kes kesihatan awam kecemasan seperti menubuhkan tabung pemulihan krisis wabak COVID-19 yang bernilai USD10 bilion (RM42 bilion).

Menurut Presiden AIIB, Jin Liqun, pihaknya turut bersetuju untuk meningkatkan pembiayaan dalam menghadapi krisis perubahan iklim.

Jelas beliau, AIIB mengunjurkan pembiayaan kumulatif tersebut akan mampu mencecah sehingga  USD50 bilion (RM209 bilion) menjelang 2030.

Jin berkata, pihaknya juga akan terus mempraktikkan multilateralisme selain bekerjasama dengan pelbagai lagi institusi mulitilateral.

张宪