Pegawai AS Mohon Visa ke Olimpik 2022

2021-12-28 10:42:40  CRI
Share with:

 

Beijing mengesahkan bahawa pihaknya menerima permohonan daripada pegawai Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan visa masuk China sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian ketika bercakap kepada media pada Isnin, berkata China akan mengendalikan urusan visa tersebut mengikut kelaziman antarabangsa, peraturan berkaitan serta prinsip timbal balik.

Dilaporkan bahawa AS merancang menghantar 18 orang pegawai dari Jabatan Negara dan Pentagon ke China untuk menyediakan sokongan keselamatan dan perubatan buat atlet negara itu sepanjang temasya sukan berkenaan.

Difahamkan, Washington dijangka mengemukakan lagi permohonan visa bagi perjalanan 40 orang pegawai lain ke Beijing.

董筱娉