Beriringan Menuju ke Masa Depan

2022-01-01 17:30:44  CRI
Share with:

“Sudah pasti rakyat China menyambut tahun baharu dengan riang ria”, ujar Evgeny Bazhanov dari Akademi Diplomatik Kementerian Luar Rusia selepas mengikuti perutusan tahun baharu yang disampaikan Presiden Xi Jinping.

Pengerusi Yayasan Kuhn Amerika Syarikat (AS), Robert Kuhn pula menzahirkan rasa terharu dengan kisah Xi yang sentiasa cakna kehidupan rakyat.

Presiden Xi dalam perutusan itu telah mengimbas kembali suara, momen dan kisah China yang menjadi kenangan sepanjang tahun lalu, sambil memberi pujian kepada ramai wira tidak didendang.

Seperti dinyatakan Presiden Xi dalam perutusannya, “Pada dasarnya, setiap urusan boleh dikatakan berkaitan dengan kehidupan rakyat”. Konsep berpaksikan rakyat kunci Parti Komunis China (PKC) melakar kejayaan yang cemerlang, dan juga sumber motivasi bagi China memperoleh kemajuan signifikan pada tahun lepas.

Dapatan tinjauan umum oleh AS menunjukkan bahawa tahap kepuasan rakyat China terhadap parti pemerintah dan kerajaan masing-masing mencatat 95 peratus dan 98 peratus.

Kira-kira sebulan lagi, Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing akan membuka tirainya. Menjulang konsep sederhana, selamat dan gemilang, temasya sukan itu bukan sahaja akan menggalakkan persahabatan dan perpaduan pelbagai negara, tetapi juga bakal menyuntik keyakinan dan keberanian kepada dunia yang kini bergelut dengan pandemik COVID-19.

Tahun 2022 merupakan tahun harimau mengikut kiraan zodiak Cina. Walaupun dunia masih berdepan dengan unsur tidak menentu, namun China tetap berkeyakinan melakukan yang terbaik dalam setiap usaha sendiri, di samping menyediakan peluang kepada pembangunan dunia.

Tahun ini, China yang cekal dan dinamik akan bergerak seiringan dunia menuju ke masa depan.