Xi Sampai Ucaptama Sempena Jamuan Menyambut Tahun Baharu

2022-01-01 14:26:28  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping pada Jumaat menyampaikan ucaptama pada majlis jamuan teh sempena tahun baharu 2022 anjuran badan penasihat politik tertinggi negara itu.

Mengimbas kembali tahun lalu, Xi memuji 2021 sebagai besar maknanya, baik bagi Parti Komunis China (PKC) ataupun bangsa Cina.

Beliau menerusi kenyataannya berkata, banyak perkara penting dicatatkan tahun lepas, antaranya ulang tahun ke-100 PKC, resolusi utama ketiga yang diluluskan sidang pleno ke-6 Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC, tercapainya matlamat Seratus Tahun pertama dan masyarakat makmur sederhana menyeluruh serta sifar kemiskinan mutlak.

Menurut Xi, China akan mengorak langkah ke arah membangunkan negara sosialis moden secara menyeluruh, dan terus memperjuangkan matlamat Seratus Tahun kedua.

Beliau turut mengangkat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC sebagai agenda politik yang amat penting buat tahun baharu ini.

Oleh itu, Xi mengarahkan supaya lebih banyak peluh keringat dicurahkan untuk memantapkan lagi suasana ekonomi yang sihat, terus mengamalkan budaya politik murni, dan menjamin negara berada dalam keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera.