Ucapan Tahun Baharu Presiden CMG

2022-01-01 15:05:25  CRI
Share with:

Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong hari ini menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu kepada penonton dan pendengar di seluruh pelosok dunia.

Berikut adalah petikan ucapan beliau:
 
Rakan-rakan sekalian,

Cahaya matahari yang pertama tahun baharu sedang menyinari dunia, dan jika mengikut kalender tradisional Cina, tidak lama lagi kita juga akan menyambut ketibaan Tahun Harimau. Di sini, di Beijing, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada anda sekalian dan semoga anda semua sejahtera serta penuh semangat dan tenaga seperti harimau.

Pada tahun 2021, Parti Komunis China (PKC) telah menyambut hari jadinya yang keseratus tahun. Dari lebih 50 orang pada seratus tahun yang lalu, sehinggalah lebih 90 juta anggota direkodkan pada masa ini, PKC memimpin rakyat telah mencipta kejayaan yang luar biasa.

Selepas memasuki era baharu, dengan pimpinan Presiden Xi Jinping, impian masyarakat yang makmur sederhana telah berjaya direalisasikan di seluruh negara yang populasinya 1.4 bilion orang ini. Manakala, masalah kemiskinan mutlak yang menjadi batu penghalang bangsa China selama ribuan tahun turut berjaya diselesaikan.

Selaku perakam sejarah yang setia, CMG telah menghasilkan banyak program unggul pada tahun 2021 tentang sejarah perjuangan PKC dan rakyat China untuk menerangkan “DNA” PKC yang dapat memastikan perkembangan yang berterusan pada seratus tahun lalu.

Sempena ulang tahun ke-80 penyiaran antarabangsa China pada sebulan yang lalu, Presiden China, Xi Jinping ketika mengutus kawat tahniah kepada CMG telah menggalakkan semua pekerja terlibat menceritakan kisah negara ini dengan baik, berusaha membina  media arus perdana baharu bertaraf dunia yang berkeupayaan dalam menerajui hala tuju, serta bersiaran dengan meluas dan berpengaruh.

CMG akan berusaha menjalankan tugas dengan menuju ke matlamat ini. 

Pepatah purba China pernah menyebut, "sebagaimana batu jed bergemerlapan digilap bersusah payah, begitu juga manusia cekal mengharungi perit getir".

Berdepan pengaruh daripada perubahan situasi yang tidak pernah dialami seratus tahun lalu dan pandemik COVID-19, meskipun dunia ini tidak lagi aman, namun ini tidak akan menghalang usaha kita untuk mengejar kedamaian, pembangunan dan kebahagiaan.

Program yang dihasilkan CMG seperti “China dalam Cerita”, “China dalam Sejarah” dan “Himpunan Nama Tempat China” telah merakamkan sejarah China dan kehidupan rakyat yang indah.

Program “Taman Negara” dan “Olimpik dalam Seni” pula telah menampilkan pemandangan yang indah dan kesihatan rakyat pada era baharu. Manakala siaran langsung “kuliah angkasa lepas”yang dilancarkan stesen angkasa kepada seluruh dunia telah menyalakan impian belia yang hendak menerokai misteri angkasa.

Selain itu, laporan mengenai sebanyak 16 ekor gajah Yunnan yang berhijrah ke utara dan kembali selepas tempoh lebih setengah tahun telah disiarkan secara langsung selama lebih 7,000 jam oleh platform CMG termasuk CGTN, China Media Group Mobile dan media baharu berita CMG, sekali gus menimbulkan minat para penonton sejagat untuk cakna terhadap isu gajah.

Penggunaan fakta merupakan prinsip asas yang dipegang pengamal media sejagat.

CMG kekal menyemarakkan keadilan dengan rasional pada tahun 2021, antaranya termasuk melancarkan tinjauan pendapat awam warganet sejagat sebanyak tiga pusingan tentang usaha pencegahan dan perjuangan melawan pandemik di pelbagai negara, selain untuk menjelaskan kebenaran yang berlaku dalam usaha itu dan ia telah mendapat sahutan dan pengiktirafan daripada lebih 100 juta pengguna internet di seberang laut.

Dalam laporan terhadap situasi Afghanistan, laporan video eksklusif CMG dari tempat kejadian telah mendedahkan rahsia bahawa ada negara yang bertindak keras dan meragut nyawa rakyat jelata dengan sewenang-wenangnya, sekali gus menjadi sumber maklumat yang penting bagi badan media sejagat.

CMG akan terus mengamalkan norma profesional sebagai media yang bertanggungjawab, mengekalkan usaha untuk mengejar dan mendedahkan kebenaran. Kami berharap pengamal media negara Barat juga akan bersama-sama menghargai kehormatan badan media supaya laba politik, diskriminasi kaum dan ideologi berbaur prejudis digantikan dengan kebenaran, bersama-sama mendorong mewujudkan ekologi media antarabangsa yang objektif serta adil, aktif dan sihat.

Sekiranya kita mempunyai cita-cita serupa, kita pasti tidak akan takut berapa jauhnya jarak walaupun dipisahkan oleh gunung dan laut antara satu sama lain.

Pada tempoh sepanjang tahun lalu, lingkungan kawan CMG makin diperluas. Ini disaksikan lebih 600 pucut surat antara CMG dengan media dan sahabat antarabangsa serta pertemuan lebih 20 kali secara dalam dan luar talian.

Kita bersama-sama membentuk mekanisme kerjasama rakan media yang pelbagai, inklusif, sama rata dan saling mempercayai. Setiap komunikasi yang meriah dengan mengambil sikap ikhlas telah membina jambatan kepercayaan. Setiap pucut surat dan emel menggalakkan CMG menjalankan tugas dengan lebih baik. Untuk itu, CMG merakamkan terima kasih kepada kepercayaan anda! 

Pada zaman yang serba boleh ini, CMG bersiap sedia menghadapi pembaharuan badan media dengan sikap seumpama “gajah pun perlu membelajari tarian Hip-pop”.

Dalam Sukan Olimpik 2021 di Tokyo, CMG telah berjaya membuat siaran langsung terhadap acara sukan melalui saluran TV dengan isyarat 4K Ultra HD. Manakala sejak kewujudan Saluran Olimpik versi China, saluran berdefinisi ultra tinggi 4K pertama di dunia dilancarkan pada tiga bulan yang lalu, dengan lebih 400 juta penonton telah menikmati perkhidmatannya.

30 hari lagi, api suci Sukan Olimpik akan dinyalakan di Beijing sekali lagi iaitu sempena cuti Tahun Baharu Cina. Dengan adanya sokongan teknologi 5G+4K/8K+AI, kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Beijing dengan Zhangjiakou telah disediakan kabin yang menawarkan perkhidmatan siaran langsung CMG.

Ini menandakan isu teknologi pelancaran isyarat berdefinisi ultra tinggi dalam kereta api berkelajuan tinggi telah diselesaikan buat pertama kalinya di arena antarabangsa. Kami mengalu-alukan rakan sekerja dari pelbagai negara berkongsi perkhidmatan itu agar membuat liputan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing yang menakjubkan dan luar biasa kepada dunia. 

Pada tahun baharu, PKC akan mengadakan Sidang Kongres Kebangsaan ke-20 untuk menggaris pelan tindakan negara pada masa depan. Berdasarkan semangat kerja yang bersungguh-sungguh dan mengejar kepada kesempurnaan, CMG akan menghasilkan lebih banyak program yang bertaraf tinggi mengenai masyarakat China pada era baharu dari pelbagai sudut kepada masyarakat antarabangsa sekali gus menyumbang tenaga media kepada usaha membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Sekali lagi, saya ucapkan semoga anda semua dan seluruh dunia dapat mengecapi kesejahteraan!