Israel Bedil Gaza, Balas Serangan Hamas

2022-01-02 14:53:05  CRI
Share with:


Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Genting Gaza malam tadi.

Media Israel memetik sumber dari Palestin sebagai berkata, serangan tersebut disasarkan kepada sebuah pangkalan Hamas di Khan Yunis di selatan Gaza.

Ia berlaku selepas dua roket dilancarkan dari Gaza pagi semalam dan jatuh ke dalam Laut Mediterranean di luar pantai Tel Aviv.