Xi Ucap Takziah Pemergian Bekas Presiden Greece

2022-01-02 14:33:00  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping pada Jumaat menyampaikan ucapan takziah atas pemergian bekas Presiden Greece, Karolos Papoulias.

Dalam kawatnya kepada Presiden Greece Katerina Sakellaropoulou, Xi berkata Papoulias seorang ahli politik dan pemimpin yang luar biasa, dan juga sahabat lama rakyat China. 

Papoulias sentiasa komited memperkukuh ikatan persahabatan serta kerjasama pragmatik China-Greece dalam pelbagai bidang, selain teguh menyokong Beijing menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas 2008 dan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Beliau telah membuat sumbangan penting terhadap perkembangan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara.

Xi turut menyatakan kesediaan untuk  bersama-sama Presiden Sakellaropoulou terus memperdalam persahabatan tradisional sesama negara, sekali gus membawa kemajuan baharu dalam kerjasama membabitkan pelbagai aspek demi manfaat rakyat kedua-dua negara.