China, Uzbek Sambut Ulang Tahun Ke-30 Hubungan Diplomatik

2022-01-02 14:51:55  CRI
Share with:


Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev saling mengirim perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik dua negara, hari ini.

Xi menerusi perutusannya berkata, dalam tempoh tiga dekad lalu, hubungan China-Uzbek berkembang seiring dengan edaran zaman dan terus mara ke hadapan hingga menjadi suri teladan dalam memupuk hubungan mesra sesama negara serta kerjasama saling untung.

Beliau turut meluahkan harapan agar perkongsian strategik menyeluruh yang sedia ada dapat diperkukuh lagi demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Mirziyoyev membalas dengan mengatakan, pihaknya sedia bersama China untuk memperkasakan kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan menggerakkan hubungan dua negara ke paras lebih tinggi.