Jumlah Order Pembuatan Kapal China 2021 Tempat Pertama

2022-01-03 14:54:44  CRI
Share with:

Data statistik yang diumumkan Syarikat Penyelidikan Clarkson Britain,  institusi pengajian yang berwibawa dalam industri pembuatan kapal dan pasaran pengangkutan kapal global,  mendedahkan bahawa jumlah order kapal baharu mencatat 1,846 buah dengan kapasiti keseluruhan 45.73 juta tan (CGT) pada 2021 di seluruh dunia.

Antaranya China menerima order pembuatan kapal baharu sebanyak 965 buah dengan kapasiti keseluruhan 22.80 juta tan (CGT), iaitu menduduki tempat pertama dalam ranking dunia dengan syer pasarannya mencecah hampir 50%. Korea Selatan pula tempat kedua dengan syer pasaran sebanyak 38%.

Jumlah order kapal kontena pada tahun 2021 melambung lebih 10 kali ganda berbanding 2020 seiring dengan penaikan kos penghantaran laluan laut secara mendadak, dan lebih 50% jumlah order itu diperolehi China yang berdaya saing kuat.