CICPE 2022 Sediakan Peluang Antarabangsa Untuk Syarikat Tempatan

2022-01-03 14:01:04  CRI
Share with:

Aktiviti kira detik sempena 100 hari perasmian Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa (CICPE) 2022 yang dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Perdagangan China dan kerajaan provinsi Hainan telah diadakan pada Ahad.

Difahamkan, pada edisi kali ini, keluasan ruang pameran ekspo meningkat sehingga 100 ribu meter persegi berbanding 80 ribu meter persegi sebelum ini, dengan 80 peratus ruang didedikasi kepada pempamer  luar negara yang turut bertambah sebanyak lima peratus.

Menurut penganjur, ruang pameran tempatan akan menonjolkan produk pengguna domestik dan jenama sepanjang zaman, selain menyediakan wahana bagi syarikat tempatan menerokai pasaran luar negara.

Jenama terkenal dari dalam dan luar negara pula akan memperkenalkan produk dan gaya terkini masing-masing pada ekspo yang didekorasi 100 peratus secara hijau tersebut.

Untuk rekod, Perancis akan menjadi tetamu yang diraikan pada CICPE 2022 nanti.