Reaktor Nuklear "Hualong-1" Kedua di China Mula Operasi

2022-01-03 12:26:28  CRI
Share with:

Unit generator kuasa nuklear nombor enam di Loji Janakuasa Nuklear Fuqing memulakan operasinya pada Sabtu, sekali gus menjadi reaktor "Hualong-1" yang ketiga di seluruh dunia dan yang kedua di China.

Menurut Syarikat Nuklear Kebangsaan China (CNNC), pengoperasian reaktor nuklear berjalan dengan lancar dan ia dilihat menyediakan asas yang kukuh bagi operasi secara komersial kelak.

Sebagai mercu tanda kuasa nuklear China di persada antarabangsa, "Hualong-1" adalah generasi ketiga yang amat popular dalam pasaran kuasa nuklear.

Dimaklumkan, reaktor pertama di dunia, iaitu unit generator nombor lima di Fuqing, China dan reaktor pertama di seberang laut, iaitu unit generator nombor dua di Karachi, Pakistan sudah memulakan operasinya pada tahun 2021.

Untuk rekod, setiap unit "Hualong-1" yang berkapasiti 1.161 juta kilowatt mampu menjana hampir 10 bilion kilowatt-jam kuasa elektrik, atau bersamaan dengan penjimatan 3.12 juta tan penggunaan arang standard.

Bukan itu sahaja, ia juga turut mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 8.16 juta tan, atau bersamaan dengan menanam 70 juta batang pokok.