Pembangunan Keseluruhan Sosial Berpandukan Konsep Pembangunan Baharu

2022-01-03 14:40:19  CRI
Share with:


China mula melaksanakan Rancangan Lima Tahun ke-14 (FYP ke-14) pembangunan sosioekonomi kebangsaan pada tahun 2021, dan turut memulakan kemaraan baharu dalam membangunkan negara sosialis yang moden secara menyeluruh.

Walaupun mendepani tekanan dan cabaran yang banyak, rakyat China bersedia mengharungi perit-getir dan telah mencapai kejayaan yang signifikan pada peringkat awal.

Contohnya, landasan kereta api sepanjang lebih 400 kilometer yang menghubungkan bandar Lhasa dengan Nyingchi di wilayah Tibet beroperasi pada 25 Jun tahun lalu. Landasan kereta api EMU (Electric Multiple Units) yang pertama di Tibet ini telah menghantar hampir 600 ribu penumpang dalam tempoh setengah tahun lalu, sekali gus menggalakkan perkembangan industri di kawasan sepanjang landasan kereta api ini, khususnya industri pelancongan dan pengambilan pekerjaan.

Pada bulan Julai tahun 2021, Presiden Xi Jinping memilih menaiki kereta api Lhasa- Nyingchi dalam jadual tinjauannya terhadap keadaan tempatan. Beliau berharap kelancaran jaringan landasan yang terjamin boleh menyumbang kepada pembangunan kawasan sempadan yang berkualiti tinggi sekali gus memenuhi harapan rakyat terhadap kehidupan yang bertaraf tinggi.

Untuk rekod, pada sebelas bulan pertama tahun 2021, China telah memperuntukkan belanjawan terhadap pembinaan landasan kereta api yang baharu sepanjang 1,644 kilometer, dengan 610 kilometer antaranya merupakan landasan kereta api berkelajuan tinggi.