Majlis Legislatif ke-7 Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Angkat Sumpah

2022-01-03 14:07:09  CRI
Share with:

Para ahli Majlis Legislatif ke-7 Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong telah mengangkat sumpah pada pukul 11.00 pagi tadi, dengan disaksikan Ketua Eksekutif, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor. Majlis Legislatif penggal baharu ini akan mengadakan mesyuarat pertama pada 12 Januari nanti.

Pemilihan majlis legislatif yang berjaya diadakan pada 19 Disember tahun lalu, merupakan yang pertama selepas sistem pemilihan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong disempurnakan. Seramai 153 calon telah bertanding untuk merebut 90 kerusi, antaranya termasuk 40 kerusi yang dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan, 30 kerusi dipilih oleh kumpulan tertentu dan 20 kerusi dipilih secara langsung dari pelbagai daerah.