Khidmat Kargo Pertama 2022 melalui Landasan Kereta Api China-Laos

2022-01-04 15:33:06  CRI
Share with:

Kereta api yang membawa 30 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena berlepas dari bandar Kunming menuju ke destinasinya di Vientiane, Laos pada 1 Januari lalu.

Ia merupakan pengangkutan kargo menerusi landasan kereta api China-Laos yang pertama pada tahun baharu 2022. Perjalanannya mengambil masa kira-kira 30 jam.