2021 yang Luar Biasa: China Perkukuh Inovasi dan Teknologi Sains Sendiri

2022-01-04 15:32:01  CRI
Share with:

 China terus mengukuhkan kedudukan teras inovasi dalam perjalanan baharunya ke arah pemodenan sosialis, menurut dokumentari mengenai pembangunan keseluruhan China pada 2021 yang dikeluarkan oleh Kumpulan Media China (CMG) pada Ahad.

China menegaskan peri pentingnya inovasi dalam Rancangan Lima Tahun Ke-14 (2021-2025), yang menjadualkan pelaksanaan beberapa projek strategik dalam bidang kecerdasan buatan, maklumat kuantum, litar bersepadu, kehidupan dan kesihatan, sains otak, pembiakan, sains dan teknologi aeroangkasa.