2021 yang Luar Biasa: China akan Mempercepatkan Peralihan Hijau

2022-01-04 15:24:39  CRI
Share with:

2021 menandakan China memasuki tahun pertama tempoh Rancangan Lima Tahun ke-14. China telah berikrar untuk mencapai kemuncak pelepasan karbon menjelang 2030 dan menjadi negara neutral karbon menjelang 2060, selain mendorong pembaharuan yang menggalakkan tenaga hijau dan rendah karbon.

Pada masa yang sama, China juga komited tidak akan tergesa-gesa untuk mencapai puncak karbon dan matlamat peneutralan karbonnya secara serentak supaya bekalan tenaga baharu yang selamat dan boleh dipercayai dapat dijamin, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Sidang Kerja Ekonomi Pusat pada 10 Disember, 2021.