Raptai Majlis Penganugerahan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

2022-01-04 12:42:22  CRI
Share with:

Raptai “full-element” majlis penganugerahan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah diadakan di Lapangan Penganugerahan Beijing semalam.

Lapangan tersebut terletak antara Stadium Negara yang digelar sebagai “Sarang Burung”, dan Pusat Renang Nasional China yang digelar sebagai “Kubik Ais” .

Menurut Naib Pengarah Media, Wei Xiaomei, lapangan seumpama itu dianggap satu simbol yang unik dalam kebudayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk. Bagi Sukan Olimpik musim panas, upacara penganugerahan biasanya terus diadakan dalam stadium sebaik sahaja pertandingan berakhir. Namun bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk, upacara penyampaian cendermata diadakan terlebih dahulu dalam gimnasium, kemudian barulah giliran upacara penganugerahan pingat untuk atlet di satu lapangan, diiringi dengan aktiviti persembahan kesenian.

Untuk rekod, Lapangan Penganugerahan Beijing akan beroperasi dari 6 hingga 19 Februari nanti. Upacara penganugerahan pingat untuk 32 acara pertandingan di zon pertandingan pusat bandar Beijing bakal diadakan di sini, dan beserta upacara yang berlangsung di zon Zhangjiakou akan dipertontonkan kepada seluruh dunia dalam siaran langsung secara berselang.