86.185 Juta Penumpang Semasa Percutian Tahun Baharu

2022-01-04 13:28:01  CRI
Share with:

Percutian tahun baharu selama tiga hari telah menyaksikan penghantaran penumpang seramai 86.185 juta orang menerusi kereta api, lebuh raya, kapal dan penerbangan awam.

Perinciannya adalah seperti berikut, penumpang kereta api seramai 21.757 juta orang, lebuh raya 60.69 juta, kapal 1.278 juta dan penerbangan awam 2.46 juta, menurut Kementerian Pengangkutan China. Sementara itu, jumlah pungutan bungkusan pos di seluruh negara meningkat 22.6% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan mencatat 9.2 trilion buah, sedangkan jumlah penghantaran bungkusan meningkat 26.5%, menokok 9.6 trilion.