Sektor Logistik China Terus Pulih

2022-01-04 14:27:11  CRI
Share with:

Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) hari ini memaklumkan bahawa indeks prestasi logistik China (LPI) untuk Disember tahun 2021 dicatatkan 52.6 peratus, menurun satu peratus berbanding bulan sebelumnya. Namun, angka purata bulanan sepanjang tahun 2021 telah meningkat berbanding tahun 2020, menggambarkan keseluruhan sektor logistik terus pulih.

Sektor pengangkutan kereta api dan kurier kekal cemerlang, manakala pengangkutan jalan raya, pergudangan, pengangkutan perkapalan serta sektor pemuatan dan pemunggahan beroperasi dengan stabil.

Penolong Pengerusi CFLP, He Hui menyatakan bahawa seiring dengan pemulihan ekonomi yang cepat, langkah trasformasi yang berorientasikan perkhidmatan untuk rantaian bekalan perlu dipergiatkan.