DPRK Didakwa Lancar Objek Tidak Dapat Diidentifikasikan

2022-01-05 11:23:27  CRI
Share with:

Menurut laporan pihak Korea Selatan, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) semalam melancarkan satu objek yang tidak dapat diidentifikasikan ke kawasan laut timur Semenanjung Korea. Maklumat terperinci termasuk masa pelancaran tidak didedahkan.

Inilah kegiatan pelancaran kali kedua selepas DPRK menjalankan ujian pelancaran peluru berpandu balistik kapal selam (SLBM) pada 19 Oktober 2021.

Pihak DPRK belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan setakat ini.