Kawat Tahniah Xi atas Ulang Tahun Ke-30 Hubungan Diplomatik China-Tajikistan

2022-01-05 11:27:56  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping semalam mengutus kawat tahniah kepada Presiden Tajikistan Emomali Rahmon atas ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik.

Dalam kawat tersebut, Xi berkata, hubungan China-Tajikistan mencapai tahap terbaik dalam sejarah dalam tempoh 30 tahun ini. Tegas Xi, beliau mementingkan hubungan dengan Tajikistan dan bersedia bersama-sama Presiden Rahmon untuk terus mendorong hubungan rakan strategik komprehensif kedua-dua negara mencapai hasil baharu di samping mewujudkan komuniti berkongsi nasib sesama China-Tajikistan yang lebih rapat sehingga membawa manfaat kepada negara dan rakyat kedua-dua pihak.

Rahmon pula berkata, hubungan Tajikistan dengan China merupakan hubungan baharu yang berkualiti tinggi. Bukan sekadar saling menguntungkan malah dijalinkan berdasarkan persahabatan, saling menghormati dan mempercayai. Pihaknya yakin hubungannya dengan China akan terus melangkah ke masa depan yang lebih cerah.