Xi Meninjau Kerja Persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing

2022-01-05 14:33:23  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah melakukan tinjauan terhadap kerja-kerja persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing semalam. Tinjauannya melibatkan Gimnasium Luncur Laju Kebangsaan, pusat media utama, Perkampungan Olimpik, pusat operasi serta Pangkalan Latihan Acara Ais dan Salji Erqichang, dan sesi ramah mesra serta penyampaian salam 'selamat tahun baharu' kepada perwakilan atlet, jurulatih, pekerja, ahli perkhidmatan, penyelidik, wartawan dan sukarelawan.

Gimnasium Luncur Laju Kebangsaan, lebih dikenali sebagai "Reben Ais" merupakan mercu tanda Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di zon pertandingan pusat bandar Beijing. Ketika beramah mesra dengan kumpulan pemeliharaan venue itu, Presiden Xi telah berkata, 

“Kerja ini sungguh susah, tetapi masih ada masa sebulan lagi, maju terus. Memastikan kelancaran temasya Sukan Olimpik terjamin nanti merupakan satu kejayaan yang besar. Boleh menggambarkan konsep hijau, selamat dan jimat, juga merupakan satu kejayaan yang menakjubkan.”

Ketika beramah mesra dengan wakil atlet di Pangkalan Latihan Acara Ais dan Salji Erqichang, Xi berkata, “Kalian nampaknya sungguh letih dalam latihan. Ramai antara kalian sudah mengikuti latihan dalam jangka masa yang panjang seperti pedang dihasilkan melalui pengasahan lima tahun atau sepuluh tahun. Tak banyaklah peluang seperti ini, semoga kalian menyengat dan menyerlah apabila beraksi di gelanggang.”