China Gesa Lithuania Ambil Tindakan Sebenar untuk Betulkan Kesalahannya

2022-01-06 13:25:31  CRI
Share with:

Hal yang lebih mendesak bagi Lithuania adalah untuk mengambil tindakan bagi membetulkan kesalahanya yang mencipta “satu China, satu Taiwan”. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media semalam.

Menurut laporan berkenaan, Presiden Lithuania menyatakan kelmarin bahawa keputusan kerajaan Lithuania yang mengizinkan pihak berkenaan Taiwan membuka pejabat perwakilan atas nama Taiwan di negaranya merupakan satu kesalahan.

Sehubungan itu, Wang menyatakan bahawa mengakui kesalahan adalah langkah pertama yang betul, yang lebih penting adalah mengambil tindakan yang sebenar untuk membetulkan kesalahan itu, dan kembali ke landasan yang berpandukan 'Satu China'. Jelas sekali apa yang telah merosakkan hubungan China dan Lithuania, cubaan yang melepaskan diri daripada kesalahan tidak berfaedah bagi penyelesaian masalah berkenaan dan pembaikpulihan hubungan bilateral.

Wang turut memberikan amaran kepada pihak berkuasa Taiwan bahawa gimik yang berniat memecah-belahkan tanah air dengan 'kemerdekaan Taiwan' mustahil berhasil.