Peserta Sukan Olimpik Musim Sejuk Diseru Patuhi Peraturan Kuarantin

2022-01-06 11:27:00  CRI
Share with:

 

Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC) telah mengadakan siri mesyuarat dengan wakil atlet, jawatankuasa sukan Olimpik pelbagai negara dan kawasan serta persatuan sukan Olimpik musim sejuk antarabangsa untuk memperkenlakan perkembangan kerja Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan IOC bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, Juan Antonio Samaranch Jr menyatakan semua kerja sedang berjalan lancar seiring dengan ketibaan para atlet di Beijing, China.

Pengarah Eksekutif Jabatan Sukan Olimpik IOC, Christopher Dolby menyatakan sistem pengendalian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 sudah dimulakan secara tertutup di Beijing. Tegas beliau, semua peserta yang bakal bertolak ke Beijing perlu berhati-hati terutama pada masa kunci sekarang. Mereka diseru mematuhi semua peraturan kuarantin yang terkandang dalam “risalah pencegahan wabak COVID-19 Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing” sebelum keberangkatan.

Pengerusi IOC, Thomas Bach pula menegaskan risalah tersebut bukan sekadar risalah peraturan, malah perlu dijadikan gaya hidup bagi setiap orang terlibat dalam temasya sukan kali ini.

Langkah pencegahan dan kawalan wabak yang dijalankan semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing demi keselamatan semua peserta telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua hadirin mesyuarat tersebut.