Kawat Tahniah Xi atas Ulang Tahun Ke-30 Hubungan Diplomatik China-Turkmenistan

2022-01-06 11:46:58  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan  sejawatnya dari Turkmenistan, Gurbanguly Berdymuhamedov saling mengutus kawat  tahniah atas ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik kedua-dua negara hari  ini.

Xi menegaskan, China mementingkan hubungan  dengan Turkmenistan, berteguh menyokong negara berkenaan memilih jalan  pembangunan bersesuaian dengan keadaan negara sendiri, membela kedaulatan negara  dan kemerdekaan bangsa, dan secara berkekalan mengamalkan dasar berkecualian.  Beliau bersedia mengekalkan interaksi erat, memanfaatkan momentum ulang tahun  ke-30 hubungan bilateral untuk memperkasakan kerjasama saling menguntungkan  dalam pelbagai bidang, dan mendorong hubungan rakan strategik ke tahap yang  lebih tinggi demi kesejahteraan negara dan rakyat.

Berdymuhamedov berkata, pada 30 tahun yang  lalu, kedua-dua pihak sudah melaksanakan kerjasama menyeluruh dalam bidang yang  paling luas, sehingga membentuk mekanisme penyelarasan pelbagai peringkat yang  istimewa. China telah menjadi rakan dagang utama bagi Turkmenistan untuk beberapa tahun berturut-turut. Pihaknya mementingkan hubungan dengan China, dan  bersedia giat mempererat kerjasama bilateral berasaskan prinsip sama rata,  saling hormat dan sama menang, di samping berusaha mendorong penaiktarafan hubungan kedua-dua negara.