Diplomat Asing Jelajah Xinjiang Dalam Talian

2022-01-06 14:58:42  CRI
Share with:



Wakil tetap, naib wakil dan pegawai diplomatik yang berpangkat sederhana dan kanan dari 36 buah negara termasuk Arab Saudi, Mesir, UAE dan Palestin serta lebih 40 orang pegawai dari Jabatan Sekretariat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah menyertai aktiviti “Indahnya Xinjiang— Anggota Delegasi OIC Jelajah Xinjiang dalam talian” anjuran bersama kerajaan wilayah Xinjiang, Kementerian Luar China dan Kedutaan Besar China di Arab Saudi semalam.

Pemangku pengerusi kerajaan wilayah Xinjiang, Erkin Tuniyaz menyatakan kerajaan daerah yang sentiasa memperjuangkan matlamat membantu rakyat mengejari kebahagiaan hidup, sudah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam pembangunan sosioekonomi, dan menjadikan rakyat yang berbilang etnik berasa semakin puas hati, bahagia dan selamat. Hak dan kepentingan rakyat Xinjiang untuk mengejar kehidupan bahagia mustahil terjejas oleh sebarang kuasa, sedangkan sebarang gimik yang berniat menjejaskan pembangunan dan kemakmuran Xinjiang ditakdir gagal. Masa depan Xinjiang pasti akan menjadi lebih cerah.


Pengetua Maktab Islam Xinjiang, Abdureqip Tumuniyaz telah memperkenalkan dasar bebas beragama yang dilaksanakan di wilayah Xinjiang.

Pegawai OIC pula mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan mengeluarkan harapan untuk melawat Xinjiang secara fizikal dan menyaksikan pembangunan Xinjiang pada masa akan datang.