30 Hari Menjelang Olimpik Beijing, Tiga Elemen Bakal Jadi Tumpuan

2022-01-06 15:32:19  CRI
Share with:

Tiga elemen iaitu pameran api suci dari Olympia Greece dan larian obor; majlis perasmian dan penutupan; serta pengoperasian semua fasiliti dijangka akan menjadi tumpuan dalam tempoh 30 hari ini.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Zhao Weidong di sini pada Rabu.

"Pameran api  suci dari Olympia Greece akan diadakan bermula awal bulan Januari di kawasan banyak ais dan salji, yang penduduknya juga lebih berminat dalam acara ais dan salji.

"Ia kemudiannya diikuti oleh acara larian obor Olimpik di tiga kawasan pertandingan iaitu di Yanqing, Beijing dan Zhangjiakou pada 2 hingga 4 Feb dengan disertai oleh lebih 1,200 pembawa obor," jelas beliau.

Menurut Zhao, raptai penuh mengenai majlis perasmian dan penutupan serta usaha-usaha menghiaskan lokasi temasya untuk memeriahkan suasana termasuk pelandskapan telah diselesaikan.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa langkah-langkah membendung pandemik COVID-19 akan dilaksanakan dengan ketat sepanjang temasya berlangsung.

"Aktiviti penganjuran dan pengoperasian sukan serta penyiaran acara sukan akan diadakan mengikut jadual untuk memaparkan acara sukan Olimpik Olimpik dan Paralimpik kepada penonton seluruh dunia," tambah Zhao.