Pesta Kebudayaan Olimpik “Bertemu di Beijing” Diadakan

2022-01-07 14:03:17  CRI
Share with:


Pesta Kebudayaan Olimpik “Bertemu di Beijing” yang juga Pesta Kesenian Antarabangsa Ke-22 telah membuka tirainya malam semalam.

Aktiviti tersebut diadakan untuk mewujudkan suasana meriah dalam menyambut, menyertai dan berkongsi bersama-sama Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Lima komponen utama termasuk persembahan kesenian, seni visual, tayangan filem, aktiviti bandar dan majlis sambutan akan diadakan secara dalam dan luar talian sempena pesta tersebut.

Pada waktu yang sama, Minggu Pameran Kesenian dan Kebudayaan Suzhou juga dirasmikan serentak dan bakal menawarkan persembahan opera, pertunjukan adat resam Tahun Baru Cina dan tayangan filem.