Sektor Kurier Sumbang kepada Jualan Runcit Dalam Talian RMB11 Trilion

2022-01-07 13:19:38  CRI
Share with:

Sebanyak 108.5 bilion bungkusan kurier telah dihantar pada tahun 2021, yang dilihat secara langsung menyumbang kepada sektor jualan runcit dalam talian yang bernilai RMB11 trilion (RM7.237 trilion).

Menurut sidang kerja pengurusan pos kebangsaan bagi tahun 2022, sebanyak 37 bilion bungkusan kurier telah dipungut dan dihantar di kawasan luar bandar. Dimaklumkan lagi, semua kampung di seluruh negara akan selesai dimasukkan dalam jaringan perkhidmatan kurier pada tahun ini.

Menurut Jabatan Pentadbiran Pos Negara China (SPB), pendapatan dan jumlah urus niaga sektor pos pada tahun lepas masing-masing meningkat 15% dan 24% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, dengan mencatatkan RMB1.27 trilion (RM835.5 bilion) dan RMB1.36 trilion (RM8.947 bilion). Sementara itu, pendapatan dan jumlah bungkusan kurier masing-masing meningkat 18% dan 30%, menokok RMB1.04 trilion (RM684.2 bilion) dan 108.5 bilion buah. Selain itu, sebanyak 200,000 peluang kerja baharu disediakan dalam sektor terbabit.