Laluan Kereta Api China-Eropah Dinamik

2022-01-07 16:07:09  CRI
Share with:

Sebanyak 15,000 larian Kereta api kargo China-Eropah telah beroperasi pada tahun 2021, melepasi paras 10,000 untuk dua tahun berturut-turut.

Susulan data statistik yang diumumkan Syarikat Kereta Api China baru-baru ini, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pada sidang media semalam, laluan kereta api itu berperanan membuka pintu gerbang untuk menggalakkan pembekalan dan permintaan dan saling melengkapi.

Kini, sebanyak 78 laluan cawangan di Eropah telah beroperasi, dengan menyambungkan 180 bandar di 23 buah negara. Jaringan logistik meliputi seluruh benua Eroasia, dengan kargo pengangkutan mencatat lebih 50,000 jenis.

Setakat akhir November tahun lepas, sebanyak 13.43 buah juta barang pencegahan dan kawalan wabak yang seberat 103,000 tan telah selesai diangkut melalui Ekspres China-Eropah.