Kemunafikan AS Sebagai“Pembela Hak Asasi” Semakin Terdedah

2022-01-07 15:37:33  CRI
Share with:

Kemunafikan Amerika Syarikat(AS) sebagai “pembela hak asasi manusia” yang mereka-reka tohmahan mengenai Xinjiang semakin terdedah. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media semalam.

Menurut laporan berkenaan bahawa sesetengah politikus AS mengkritik syarikat Tesla yang membuka kedainya di Xinjiang dan mendakwa tindakan ini tidak boleh dibiarkan.

Sehubungan itu, Wang berkata, baru-baru ini, sejumlah warga media dan sarjana dari pelbagai negara termasuk Perancis, Rusia, Sweden, Denmark, Norway, Switzerland, AS, Jepun, Singapura, Australia, Brazil dan Afrika Selatan berturut-turut menyiarkan rencana yang menyatakan bahawa apa yang disebut “buruh paksa” dan “genosid terhadap etnik Uygur” sama sekali adalah duasta yang direka-reka berdasarkan prejudis dan sentimen permusuhan terhadap China.  

Wang menegaskan bahawa AS menjalankan sekatan terhadap Xinjiang berdasarkan bohongan yang sudah terbongkar tanpa mengambil kira fakta dan kebenaran. Ini sekali lagi menjadikan gimik AS yang menjalankan pengugutan ekonomi dan penindasan politik terhadap China melalui dalih pembelaan hak asasi terdedah.