Rizab Pertukaran Mata Wang Asing China USD3.25 Trilion

2022-01-08 13:55:10  CRI
Share with:

Setakat penghujung bulan Disember tahun 2021, rizab pertukaran mata wang asing China meningkat 0.86% berbanding penghujung bulan sebelumnya, dengan mencatat USD3.25 trilion (RM13.67 trilion), iaitu bertambah USD27.8 bilion (RM117 bilion).

Pasaran pertukaran mata wang asing beroperasi dengan stabil pada keseluruhannya dan aliran dana merentasi sempadan berjalan dengan aktif dan teratur.

Naib Ketua Pengarah yang juga selaku jurucakap Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing Negara (SAFE), Wang Chunying berkata, pasaran antarabangsa pada bulan Disember tahun 2021 telah menyaksikan penurunan indeks dolar Amerika beserta naik dan turun harga aset kewangan di sejumlah negara utama.