Xi Sampaikan Mesej Lisan kepada Presiden Kazakhstan

2022-01-08 14:44:28  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan mesej lisan kepada rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Kassym Jomart Tokayev semalam.

Selain menyampaikan simpati atas rusuhan besar-besaran yang mengakibatkan kematian dan kecederaan rakyat serta kerugian benda di Kazakhstan, Xi juga menyatakan bahawa Presiden Tokayev mengambil langkah yang pantas dan tegas dalam meredakan kekacauan pada masa kritikal, menunjukkan keberanian seorang pemimpin negara dalam memikul tanggungjawab terhadap negara dan rakyatnya.

Xi menegaskan, China menentang sebarang kuasa menjejaskan ketenteraman kehidupan rakyat kazakhstan, menentang kuasa luar mencetuskan pergolakan dan menghasut "revolusi berwarna" di negera itu, dan menentang muslihat yang bertujuan menjejaskan persahabatan dan kerjasama kedua-dua negara China-Kazakhstan. Sebagai jiran dan rakan strategik komprehensif berkekalan, China bersedia menghulur bantuan yang diperlukan bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi Kazakhstan sekarang. Biarpun apa risiko dan cabaran dihadapi, China adalah sahabat dan rakan yang boleh dipercayai dan disandari.