Presiden Maldives Ditemui Wang Yi

2022-01-09 13:38:25  CRI
Share with:

Presiden Maldives, Ibrahim Mohamed Solih telah mengadakan pertemuan dengan ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi di Male semalam.

Ibrahim Mohamed Solih meminta Wang Yi menyampaikan salamnya kepada Presiden Xi Jinping, dan menyatakan bahawa beliau dan Presiden Xi telah mencapai persefahaman yang penting dalam perbualan telefon pada tahun lalu berhubung memperkukuh hubungan bilateral dan memperluas kerjasama kondusif. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepda China atas sumbangan yang amat besar kepada pembangunan sosioekonomi Maldives, sokongan vaksin dan pengurangan hutangnya dalam rangka G20. Maldives mengekalkan pelaksanaan dasar 'Satu China',  penuh yakin terhadap hubungan bilateral pada masa depan, bersedia memanfaatkan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungann diplomatik, dan mengintensifkan persefahaman serta kerjasama yang saling menguntungkan.

Dalam pertemuan itu, Wang Yi terlebih dahulu menyampaikan salam dari Presiden Xi kepada Ibrahim Mohamed Solih. Menurut Wang, China bersedia memperluas kerjasama saling menguntungkan dalam pelbagai bidang, menyokong pelaksanaan strategi Maldives yang mendorong peningkatan kepelbagai dalam pembangunan. Beliau berharap agar perjanjian perdagangan bebas China-Maldives yang dipercayai berfaedah bagi transformasi ekonomi Maldives, diluluskan dengan secepat mungkin.

Pada hari yang sama , Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Maldives, Abdulla Shahid juga mengadakan pertemuan.