Pengalaman Mereka yang Pernah Jejakkan Kaki di Xinjiang

2022-01-09 16:32:02  CRI
Share with:

Syarikat Tesla Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pembukaan satu kedainya di Urumqi pada 31 Disember tahun 2021.

Bagaimanapun, tindakan itu turut dibidas politikus AS yang berniat menyekang perdagangan syarikatnya dengan Xinjiang menerusi apa yang disebut ”Akta Pencegahan Kerja Paksa Uygur” yang diluluskan baru-baru ini. Oleh itu, tindakan Tesla tersebut ternyata merupakan satu tamparan terhadap politikus AS.

Macam mana Xinjiang yang benar? Tesla dan warga asing yang pernah mengunjungi wilayah terbabit boleh memberikan jawaban.

Pada akhir tahun 2021, Konsulat Jeneral China di Osaka, Jepun telah merasmikan satu pakej kunjungan ke Xinjiang pasca wabak. Dalam tempoh tidak sampai sebulan, seramai 1,028 orang menyelesaikan pendaftaran yang diperlukan. Ada pelayar internet Jepun berkata, ingin menumpang kereta api laju dari Shanghai ke Urumqi, bagi menghayati Jalan Sutera dengan matanya sendiri.

Selain sahabat Jepun, terdapat ramai kawan dari negara lain pula pernah menyaksikan keadaan Xinjiang kebelakangan ini.

Encik Raz Galor mengenali seorang petani kapas di Xinjiang semasa kunjungannya ke wilayah itu pada 2021. Melalui aplikasi teknologi penanaman kapas automatik, kawan petani itu mampu memperoleh pendapatan tahunan sebanyak RMB700,000 hingga 800,000 (RM460,530 hingga 526,320 ) meskipun hanya menanam sekali setahun sahaja.

Raz Galor yang pernah mengembara ke lebih 15 buah bandar di China, sangat hafaz tentang keadaan masyarakat dan adat resam negara ini. Katanya, apa yang digambarkan oleh penduduk Xinjiang tentang kehidupan sendiri merupakan yang paling menyakinkan.

Pempengaruh asing seperti Raz Galor yang sudi mendekai China menjadi semakin ramai kebelakangan ini, antaranya termasuk orang Kanada, Australia, dan AS. Klip video yang dihasilkan mereka dapat ditonton melalui platform di dalam dan luar China.

Ada berapa orang politikus AS yang hanya tahu bergoyang lutut sahaja pernah menjejakkan kakinya di Xinjiang? Bohongan rekaan mereka sendiri hanya merupakan satu karya Mat Jenin.