Perkhidmatan Kereta Api China-Eropah Jamin Bekalan Bahan Keperluan ke Xi'an

2022-01-10 11:39:41  CRI
Share with:

Kereta api kargo China-Eropah yang membawa muatan tepung sebanyak 1,066 tan tiba di bandar Xi'an China dari Kazakhstan pada Jumaat lalu.

Ini  merupakan kereta api kargo China-Eropah khas pertama yang menghantar bahan keperluan ke bandar Xi'an dari luar negara pada tahun 2022.

Terdapat beberapa kereta api China-Eropah lagi dilaporkan akan menghantar bahan keperluan ke bandar itu secara berturut-turut pada masa depan.