Kantin yang Mesra Warga Emas

2022-01-10 12:03:29  CRI
Share with:

Sebuah kantin yang berorientasikan perkhidmatan untuk warga emas yang mampu menampung 200 orang makan bersama-sama dan menyediakan makanan take-away kepada 2,000 orang lagi, mula beroperasi di daerah Wuling, bandar Changde, provinsi Hunan baru-baru ini.  

Warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dapat menikmati harga potongan dalam kantin yang terbuka kepada umum itu. Selain perkhidmatan dine-in, perkhidmatan makanan hantaran juga tersedia melalui tempahan secara telefon atau aplikasi perkhidmatan warga tua tempatan, yang dilihat sangat memudahkan mereka yang mahu makan di rumah atau di pusat perkhidmatan warga emas.