Jalan Ujian Memandu Autonomi Cecah 1,000 Kilometer di Beijing

2022-01-10 15:08:33  CRI
Share with:

Jumlah kumulatif jalan ujian pemanduan autonomi di Beijing mencecah 1,000 kilometer dengan jumlah jarak ujian melebihi 3 juta kilometer dan stesen pangkalan 5G merekodkan 56,400.

“Beijing telah membina kawasan demonstrasi pemanduan autonomi peringkat tinggi pertama di dunia pada tahun 2021. Nilai tambah ekonomi digital dijangka mewakili kira-kira 50% daripada jumlah ekonomi menjelang 2025, dan meletakkan Beijing dalam peta utama ekonomi digital maju di arena antarabangsa,” kata Wang Lei, Naib Ketua Pengarah Biro Ekonomi dan Teknologi Maklumat Bandar Beijing,

Beliau menambah, Beijing diharap dapat menerajui penggubalan peraturan dan piawaian antarabangsa menjelang 2030 dan menjadi bandar kayu ukur bagi ekonomi digital global.