Tanaman Sayur, Industri Tunjang di Tiandong

2022-01-10 12:08:42  CRI
Share with:

Pembangunan desa menjadi semakin rancak di kaunti Tiandong, wilayah Guangxi melalui perkembangan pelbagai industri seperti tanaman sayur yang terbukti sesuai dengan keadaan geografi tempatan. Setakat penghujung bulan Oktober, tanaman sayur yang seluas 16,400 hektar lebih di seluruh kaunti itu, menyumbang kepada peningkatan hasilan 33.2% berbanding tahun lalu, dengan mencapai 440.5 ribu tan. Ekonomi tempatan berkembang semakin makmur sedangkan pendapatan petani juga dapat meningkat.