Xi Jinping Pemimpin Sejati

2022-01-10 10:57:22  CRI
Share with:

Seorang warga Amerika Syarikat (AS) pernah mendapat pujian Presiden China Xi Jinping.

Beliau dianggap menjadi saksi kepada dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China, dan juga bergelar duta bandar Xiamen, provinsi Fujian.

Beliau adalah Profesor William N. Brown yang berkhidmat di Universiti Xiamen.

Pada pandangan William, sekitar dua puluh hingga tiga puluh tahun lalu, sudah tercetusnya idea “pembasmian kemiskinan bersasar” dan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) oleh Presiden Xi. 

Mengimbas kembali detik-detik disahkan menghidap kanser pada 1998, William menitiskan air mata terharu apabila menerima titipan doa dan mesej kata-kata semangat daripada Xi.

Selepas sembuh, William pulang ke rumah di Fujian, tempat beliau bertemu dengan Xi.

Tiga dekad berlalu, William menyaksikan perubahan besar yang berlaku di China.

Di matanya, Xi seorang pemimpin sejati.