Pusat Sukan Danzhou Beroperasi

2022-01-10 15:04:38  CRI
Share with:


Pusat Sukan Danzhou, stadium pertama yang dibina selepas pengeluaran Pelan Induk bagi Pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan beroperasi secara rasmi di provinsi Hainan China baru-baru ini, 210  hari lebih awal berbanding jadual asalnya.

Pusat Sukan Danzhou yang merangkumi kawasan seluas 101.8 ribu meter persegi itu bakal digunakan sebagai lokasi utama bagi Temasya Sukan Hainan Keenam.

Pusat yang meliputi gimnasium, stadium dan natatorium itu boleh menampung hampir 40 ribu penonton pada satu-satu masa.

Selain memenuhi keperluan pertandingan,  pusat sukan itu juga akan disediakan kepada penduduk awam setempat untuk melakukan aktiviti riadah selepas temasya sukan.