Wang Yi: China Komited Terus Bekerjasama dengan Kazakhstan

2022-01-11 15:32:40  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi berkata, China komited meningkatkan kerjasama dengan Kazakhstan dalam pelakasanaan undang-undang, kerjasama jabatan keselamatan, usaha menentang campur tangan serta memelihara sistem politik dan keselamatan pemerintahan negara.

Demikian kata Wang Yi dalam perbualannya menerusi  telefon dengan rakan sejawatnya merangkap Naib Perdana Menteri Kazakhstan, Mukhtar Tileuberdi pada Isnin lalu.

Ketika menyentuh tentang situasi semasa di Kazakhstan, Wang Yi berkata, huru-hara kali ini membuktikan situasi di Asia Tengah masih menghadapi cabaran yang serius. Sebahagian kekuatan luar tidak berharap ketenteraman dan keamanan wujud di rantau ini.

" Sebagai negara jiran, China berharap kestabilan dan pembangunan diwujudkan di Asia Tengah.

"China bersedia bekerjasama dengan pihak Kazakhstan dalam usaha menjamin keselamatan dan kelancaran pengoperasian projek kerjasama penting kedua-dua negara. China yakin Kazakhstan akan menjamin keselamatan institusi dan individu China di negara itu," kata Wang.

Mukhtar Tileuberdi sama sekali bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh China tersebut dan bersedia mengekalkan komunikasi serta meningkatkan kerjasama keselamatan dengan China.