Xi Jinping: Hubungan China-Malta Contoh Baik kepada Hubungan Antarabangsa

2022-01-11 14:58:54  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyatakan, China bersedia berusaha besama dengan masyarakat antarabangsa termasuk Malta untuk mengamalkan multilateralisme yang benar dan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Dalam perbualan menerusi telefon dengan rakan sajawatnya dari Malta, George Vella pada Isnin lalu, Xi berkata, dalam tempoh 50 tahun yang lalu, hubungan China dan Malta berkembang secara stabil dan sihat, persahabatan kedua-dua negara terus meningkat dan kerjasama dua hala membuahkan hasil yang menggalakkan.

"Ketika menghadapi cabaran seperti krisis kewangan antarabangsa dan penularan pandemik COVID-19, kedua-dua pihak sentiasa tolong-menolong. Hubungan bilateral telah menjadi teladan hubungan antarabangsa yang berlainan dalam bidang sistem masyarakat, sejarah dan kebudayaan,” kata Xi Jinping.  

Xi menambah, China bersedia berusaha bersama dengan Malta untuk memperkukuh hubungan China-Malta .

Presiden Malta, George Vella pula menyatakan, pihaknya menghargai peluang yang dibawa oleh Inisiatif  Jalur&Laluan  dan bersedia memperkasakan lagi kerjasama yang berkaitan. Malta menyanjung tinggi bantuan China kepada masyarakat antarabangsa untuk membendung wabak dan sumbangan signifikan China dalam usaha menangani perubahan iklim global.