Xi Jinping: Tingkatkan Perkongsian Strategik China-Belarus ke Tahap Lebih Tinggi

2022-01-11 15:01:28  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyatakan, China komited meningkatkan perkongsian strategik China-Belarus ke tahap lebih tinggi.  

Dalam perbualan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Belarus, Alexander Lukashenko petang Isnin lalu, Xi Jinping berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik China-Belarus. Dalam tempoh 30 tahun yang lalu, hubungan kedua-dua negara membuahkan hasil yang menggalakkan dengan menjalinkan perkongsian strategik komprehensif yang saling mempercayai dan sama menang. 

"Kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang pembinaan inisiatif Jalur&Laluan(BRI) meningkat dengan stabil dengan jumlah perdagangan dua hala meningkat 50 kali ganda dalam tempoh 30 tahun.

"Pelbagai projek seperti Taman Perindustrian China-Belarus, Kereta Api Berkelajuan Tinggi China-Belarus mencapai kemajuan, komunikasi dalam bidang sains dan teknologi, pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan perubatan juga semakin meningkat. Ini telah menjadi teladan hubungan yang sama kedudukan, persahabatan dan kerjasama yang saling menguntungkan sesama negara," kata Xi.

Xi juga mencadangkan kedua-dua pihak meningkatkan lagi skala perdagangan dua hala, memperkasakan kerjasama dalam bidang inovasi, mesra alam dan perkembangan digital, di samping menjamin pengoperasian kereta api China-Eropah yang stabil dan mantap.

Lukashenko menzahirkan terima kasih atas sokongan China kepada Belarus dalam bidang politik dan bersedia untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala.